Tuesday, March 10, 2015


Tajuk : Rambut Sama 'Hitam'
Saiz : A4 (Setiap Petak)
Media : Campuran

Keterangan Artist : Setiap Insan Mempunyai Hati Nurani Yang Bermacam Karenah. Hati Membezakan Kita Antara Dengan Yang Lain. Walaupun Hakikat Persamaan Kita Rambut Bewarna Gelap, Akan Tetapi Hati Seseorang Itu Yang Menvisualkan Siapa Diri Beliau Sebenarnya.

Monday, March 18, 2013

ARWORK: (INSTALLATION)

ARTWORK INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'INSTALLATION'. BERTAJUK: NATURE LINE.
SAYA MENGGUNAKAN RANTING2 KAYU UNTUK MENUNJUKKAN 'LINE NATURE' YANG TERDAPAT DI SEBATANG POKOK. ARTWORK NI 90% NAK SIAP. HANYA TUNGGU PASANG MENTOL LAMPU DITENGAHNYA. HASILNYA NANTI, AKAN TERHASILNYA BAYANG2 DARI GARISAN RANTING2 ITU. BAYANGAN RANTING ITU DI PANGGIL ILLUSION LINE DAN RANTING ITU FIZIKAL LINE.

HUH, MERINDUI BLOG NI KEMBALI.

SALAM.. ZAMAN DI UNIVERSITI TERSANGATLAH SIBUK SEHINGGAKAN TAK SEMPAT NAK BERCERITA DALAM BLOG NI. INSYAALLAH LANGKAH SEMAKIN LAJU. NANTIKAN APA YANG AKAN TERJADI..

Wednesday, January 2, 2013

Title: 'Hujan Seni Warisan Di Pineng' Akrilik atas kanvas, 5'x3' kaki.

Saya menghasilkan karya ini adalah untuk mengatakan perihal mengenai seni warisan yang ada di Pulau Pinang. Saya melihat, di segenap ceruk pulau ini terdapat seni-seni warisan peninggalan nenek moyang terdahulu. Kini ianya menjadi satu aset yang begitu berharga kepada kita semua kerana, nilai seninya yang penuh dengan nilai estetika. Pelbagai unsur seni yang terdapat di Pulau pinang antara yang lama dengan yang baru. Kuil ini mencerminkan peninggalan nenek moyang orang cina yang telah pun diiktiraf oleh UNESCO. Kiri dan Kanan Karya  diletakkan seni jalanan yang diperbuat dari besi,ianya sebagai penghias seni pulau pinang yang sememangnya pusat seni warisan. Hal ini dapat menarik pelancong dari luar negara dan dalam negara untuk datang ke pulau. Figura yang berada di kiri karya, memberi makna seorang tourist/pelancong asing yang sedang mengambil gambar. Warisan adalah sebagai simbol tarikan kepada pelancong itu.
Warisan ini perlu dijaga dan dilindungi sehingga ke generasi yang akan datang kerana ianya teramat berharga.  



Saturday, December 8, 2012

WIP Drawing: Medium Pen Drawing Artline

Artwork ini bertajuk : 'Piyer Boh Mari Doh'. yang bermaksud musim tengkujuh sudah hampir tiba... :)

artwork tebaru: wip.. 2 arwork yg berbeza motif..

Koleksi karya saya ini akan disiapkan tidak lama lagi. Yang pastinya karya saya sebagai titian  hero. Nantikan~

Saturday, November 24, 2012

latest sketch for final artwork.. Title: Need Vacancy

karya ini akan mengisahkan golongan bawahan yang perlukan pekerjaan. kita perlu melihat daripada pelbagai aspek mengapa golongan ini mencari rezeki dengan meminta sedekah sedangkan tawaran kerja kosong diluar sana banyak sehingaa diambil oleh warga asing seperti indonesia,mnyammar,bangladesh dan sebagainya. karya ini berlatarkan pasar chowrasta di pulau pinang kerana saya ingin mengambarkan di pasar ini beigtu bnyak pekerjaan yang boleh diceburi termasuk perniagaan. nantikan karya sebenar dalam tempoh 2 atau 3 minggu lagi..:)

Sunday, November 18, 2012

Tajuk: 'Jahil ',, saiz 5x3 kaki. akrilik atass kanvas.

Saya melihat dizaman ini, sumber makanan yang mempunyai cara pembuatannya yang tidak halal, bahan-bahan tidak halal yang digunakan perlu dipertikaikan. Mengapa ada sesetengah masyarakat yang tidak mengendahkan isu ini. Mereka hanya berfikir untuk mengenyangkan perut sahaja. Bagi umat islam, isu halal haram perlu dititik beratkan. Bersesuaian dengan suruhan Mencari yang Halal itu Fardhu. Seseorang islam itu menjadi jahil apabila tidak cukup ilmu dalam diri dan ini menyebabkan dirinya melangkahi batas-batas yang disyariatkan oleh agama islam. kita juga tahu, jika sumber makanan kita dari yang tidak halal, doa dan ibadat kita tidak dikira atau diterima. oleh itu, buatlah perubahan, carilah yang halal supaya hidup kita lebih diredhai. Saya ingin berpesan, hati-hati ketika membeli makanan.. cukupkan ilmu didada.. :).
SEDIKIT INFO TENTANG PEMAKANAN YANG HALAL..(Selamat Membaca)

KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL??
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.

Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.

Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut.

MAKANAN HALAL DAN PENSYARIATANNYA.
Umat Islam perlu kepada makanan yang halal. Halal bermaksud penggunaan sesuatu makanan atau barangan yang tidak mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti khinzir, anjing, arak dan sebagainya.

Ia juga mestilah diperoleh daripada sumber rezeki yang halal. Makanan yang halal mestilah baik daripada segala segi kerana sifat bagi sesuatu yang halal itu adalah baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168). Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

Selain itu, pensyariatan pemilihan makanan yang halal juga adalah jelas di nyatakan oleh Allah SWT. Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88).

**Sumber dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5905.0.

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum kepada pengikut blog saya semua. Diharap sihat semua. Sudah sebulan kita berpuasa, tiba pula hari yang dinanti iaitu hari raya aidifitri. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah bicara atau terkasar tutur kata. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.