Tuesday, July 28, 2009

PEMBELAJARAN HARI INI.

Hari ini hari Selasa 28/07/09. Tepat jam 11.20 pagi iaitu selepas rehat. Pelajar ppur 2 diminta oleh cikgu seni visual supaya pergi ke bilik seni. Cikgu juga berpesan supaya membawa kertas lukisan bersama alat-alat yang hendak melukis. Pada masa sebelum pengumuman dibuat oleh salah seorang pelajar dalam kelas itu bahawa setiap pelajar mesti ada kertas, sesetengah pelajar didalam kelas ppur2 terkejut dan mengeluh apabila dia tidak mempunyai kertas lukisan. Mereka telah membeli kerta lukisan di koperasi sekolah untuk belajar melukis. Pada masa pembelajaran, cikgu seni mengeluarkan 2 gendang dan menyuruh semua pelajar melukis bentuk gendang itu dengan teknik yang diberitahu. Cikgu memberi kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan media kering samaada menggunakan pensel atau arang/charkol. Semua pelajar bersemangat untuk melukis dengan jayanya. Pelajar menggunakan teknik melukis yang diajar oleh cikgu seni.

CIKGU SENI VISUAL SMKBD

Inilah cikgu seni kami (ppur2) yang sedang tekun dan penuh menumpukan perhatiannya mengukir karya yang bernilai. Cikgu kami sentiasa memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepada anak muridnya tanpa mengira jemu. Itu sahaja yang nak diperkatakan, semoga siap karya cikgu itu.

PERANAN PSIKOLOGI DALAM PROSES PENGHASILAN KARYA


Gambar ini menunjukkan peranan psikologi dalam proses penghasilan karya. Kita perlu mengetahui 3 perkara dalam proses penghasilan karya ini. Pertama emosi kretiviti, kedua sensitiviti dan yang ketiga ekspresi. Jika anda tidak tahu ape itu ekspresi ape maknanya, biar saya beritahu. Ekspresi ialah satu tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain, masyarakat, peristiwa dan benda. Dalam pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan dan mengukuhkan pengucapan, curahan idea gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar , memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Disamping itu, ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

Thursday, July 23, 2009

CONTOH HASIL PENGKARYAAN.




Lukisan.





Arca.





Cetakan.











Catan Cat Minyak.

MEDIA BASAH.


ini adalah warna air dan mengikut bahasa loghat kelantan (kala air). Ia dipanggil MEDIA BASAH. Ia juga dipanggil sebagai media konvensional. Media Konvensional iaitu karya dihasilkan menggunakan peralatan asas dan media seperti cat dan berus tanpa bantuan alat dan bahan canggih.

MEDIA.


gambar ini menunjukkan beberapa bahan yang digunakan untuk memulakan karya seni anda. Arang dan pensel ialah media yang dipanggil MEDIA KERING.

Monday, July 20, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH

Saya sebagai anak didik cikgu seni visual iaitu cikgu Zulkifli ingin mengucapkan bejuta-juta terima kasih kepada beliau. Cikgu Zulkifli telah menaikkan semangat saya untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih.

Thursday, July 9, 2009



HASIL LUKISAN SAYA SENDIRI.. "TU JO PEGE JAH",MODEL"..^^ hehe.. jangan marah ha..^^


HASIL LUKISAN BERBENTUK KERUSI DARIPADA QUSYAIRI(PPUR2).. BERKEBOLEHAN.. TERUSKAN BAKAT ANDA..^^


HASIL LUKISAN BERBENTUK KERUSI DARIPADA NIZAM(PPUR2).. AMAT BERKEBOLEHAN.. TERUSKAN BAKAT ANDA..^^


HASIL LUKISAN BERBENTUK KERUSI DARIPADA AZAM(PPUR2).. BERKEBOLEHAN WALAUPUN KURANG PERSPEKTIF..^^


CARA HENDAK MELUKIS DI ATAS KERTAS.. BUKANNYA CARA MELUKIS SEPERTI CARA UNTUK MENULIS...


CARA YANG KEDUA... KALAU ANDA TAK SELESA PEGANG SEPERTI GAMBAR TADI.. ANDA BOLEH PEGANG PENSEL MACAM GAYA INI..

CARA MEMEGANG PENSEL DENGAN BETUL UNTUK MEMULAKAN LUKISAN....

Tuesday, July 7, 2009



ni lah seni catan..

PELUKIS TERKENAL... SIAPA NI? NI LA YUSOF GAJAH.. BELIAU ADA MYSPACE... LAWATI LAH MYSPACE DIA... IAITU :http://www.myspace.com/yusofgajah..

baru start buat..

Salam sejahtera kepada yang membaca blog ini. Jangan malu jangan segan. Baca lah blog ini selalu ok?