Tuesday, July 28, 2009

PEMBELAJARAN HARI INI.

Hari ini hari Selasa 28/07/09. Tepat jam 11.20 pagi iaitu selepas rehat. Pelajar ppur 2 diminta oleh cikgu seni visual supaya pergi ke bilik seni. Cikgu juga berpesan supaya membawa kertas lukisan bersama alat-alat yang hendak melukis. Pada masa sebelum pengumuman dibuat oleh salah seorang pelajar dalam kelas itu bahawa setiap pelajar mesti ada kertas, sesetengah pelajar didalam kelas ppur2 terkejut dan mengeluh apabila dia tidak mempunyai kertas lukisan. Mereka telah membeli kerta lukisan di koperasi sekolah untuk belajar melukis. Pada masa pembelajaran, cikgu seni mengeluarkan 2 gendang dan menyuruh semua pelajar melukis bentuk gendang itu dengan teknik yang diberitahu. Cikgu memberi kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan media kering samaada menggunakan pensel atau arang/charkol. Semua pelajar bersemangat untuk melukis dengan jayanya. Pelajar menggunakan teknik melukis yang diajar oleh cikgu seni.

No comments:

Post a Comment