Friday, July 2, 2010

Friday, January 22, 2010

DEFINISI

TEKNOLOGI: Ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera dan lain-lain.
NILAI: 1. Taksiran harga sesuatu benda.
2. Harga sesuatu barang jika dibangdingkan dengan harga barang lain.
3. Mutu ; taraf.

Thursday, January 7, 2010

TAHUN 2010 TAHUN YANG PENTING

Apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi melayari blog ini sehingga sekarang. Walaupun anda singgah seketika, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana melihat hasil kerja saya. Tahun baru, iaitu tahun 2010 merupakan tahun yang amat bermakna bagi pelajar-pelajar seluruh negeri di Malaysia yang mengambil peperiksaan STPM. Apabila bermulanya tahun 2010 maka terbitlah semangat baru dalam diri pelajar STPM untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam pelajaran. Saya juga sebagai pelajar telah berazam bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang di masa hadapan, insyallah... Kepada sahabat-sahabatku yang terbaca curahan hati ini, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan prestasi kita untuk melayakkan diri serta dapat menjejak kaki di Universiti pada masa hadapan, insyallah.. Saya ingin mencabar sahabat-sahabat seperjuangan ku sekalian kearah yang lebih cemerlang demi masa hadapan masing-masing. Marilah sahabatku kita bersemangat!! demi agama,bangsa dan negara.. Belajarlah dengan tekun. Jadilah pelajar yang rajin!! ingat pada tuhan!! belajarlah kerana Allah taala.. Insyallah akan perolehi pahala dan keredhaan Nya..