Thursday, September 15, 2011

HIDUP DI UNIVERSITI BAGAIKAN DUDUK DI TENGAH PERSIMPANGAN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Setelah saya berjaya mengaktifkan wifi di usm ini pada pagi tadi(15/9/2011), terdetik dihati saya dan terlintas difikiran saya ada sesuatu yang tidak lengkap. Saya mula teringat bahawasanya saya mempunyai blog. Terketawa sedikit tadi dan beristigfar seketika. Saya memohon maaf sekiranya ada yang tertunggu tunggu bila blog ni hendak diupdatekan. Mulai sekarang, saya akan sedaya upaya menyambung kembali kisah saya ini dalam bidang seni untuk dikongsi bersama-sama sahabatku sekalian. Ikutilah perkembangan hidup saya dalam bidang seni ini hingga ke akhir hayat. InsyaAllah~~.. Lupa nak memperkenalkn diri.. Saya Mohamad Saufian Bin Muhammad belajar di Universiti Sains Malaysia(APEX) dalam ijazah sarjana muda KEPUJIAN Sastera Seni halus (3 tahun).
Berbalik kepada tajuk kita iaitu " Hidup Di Universiti Bagaikan Duduk Di Tengah Persimpangan". Sejak dari kecil lagi kita ditanya apakah cita-cita kita pada masa hadapan bila besar nanti. Ada yang hendak menjadi doktor, polis, cikgu, penyanyi, pemain muzik dan bermacam-macam lagi. Tiada seorang kanak-kanak pun yang mana cita-citanya kearah kejahatan iaitu pencuri,perompak,perogol, pemberontak dan lain-lain lagi. Setiap ibu yang melahirkan anak dan bapa yang membuat anak tidak mahu anak-anaknya menjadi seorang yang melakukan kejahatan. Sekiranya anda berjumpa dengan ibu bapa yang suka, bangga, memuji anaknya yang melakukan kejahatan dan kemungkaran sila tampil dihadapn saya menyangkal hujah saya ini. Tidak ada sepasangan pun Ibu bapa yang seperti itu di muka bumi ini.
Apabila anak-anak sudah besar remaja, sudah pasti dia akan secara tidak langsung terfikir tentang universiti. Satu persoalan yang saya ingin ajukan pada sahabatku sekalian, untuk apakah kita belajar di sekolah pada usia kecil,remaja dan selepas remaja. Adakah untuk saja-saja menghabiskan duit "mak bapak"? adakah saja-saja nak menghabiskan usia persekolahan begitu saja?.. Remaja atau pelajar yang berfikiran kehadapan dia akan terfikir, belajar ini untuk ke Universiti. Pelajar yang berfikiran kehadapan ini membuat satu konklusi yang betol dan benar di mindanya. Selepas kita menghabiskan pelajaran di sekolah samada SPM,STPM dan lain2, kemana kita hendak menyambung pelajaran? Universiti lah tempat nya. Adakah pertanyaan saya ini salah atau memengsongkan?
Apabila anak-anak berjaya menempatkan diri di universiti pula, lain ceritanya. Ada yang bersemangat, ada yang datang ke universiti sekadar memenuhi kehendak ibubapa, ada juga yang datang ke universiti ini semata-mata ingin mencari calon-calon isteri atau suami yang menjadi pujaan hatinya. Disinilah saya ingin menekankan bahawasanya hidup kita di universiti dagaikan duduk tengah dipersimpangan. Jika kita hendak bertanya seorang demi seorang tentang matlamat sebenar dia ke universiti ini, ada yang cuba menyorokkan matlamat sebenar. Jika kita diberi satu keistimewaan boleh mendengar dan membaca isi hati manusia, alangkah eloknya jika sedemikian seperti dalam cerita dikaca telivisyen "No Ordinary Family".
Setelah kita di universiti dengan matlamat masing-masing. Kita bagaikan duduk di tengah persimpangan. Matlamat yang kita fikirkan dan rancangkan itu umpama tulisan yang tertulis pada satu papan tanda yang berada dihadapan kita. Cuba anda bayangkan anda berdiri di persimpangan, anda lihat kearah label-label atau singbod yang ada dihadapan anda. Letakkan matlamat seperti Kejayaan, Kegagalan, Calon Isteri atau Suami, Memenuhi Kemahuan Ibu Bapa dan lain-lain. Seterusnya, apa yang anda perlu bayangkan adalah anda cuba fikirkan halangan-halangan, kesenangan dan KESAN daripada laluan yang anda pilih itu. Pada permulaan awalnya anda pasti tidak merasakan KESAN daripada pilihan laluan itu. Tetapi pada penghujungnya.....saya memang betul-betol pasti anda akan merasakan KESAN laluan tersebut pada pengakhiran laluan itu. Oleh itu, marilah kita mengubah matlamat masing-masing kearah yang sebenar benarnya. Kita tidak masih terlewat lagi, jarum jam sentiasa bergerak, usia makin meningkat, ajal semakin dekat. Jadi pandai-pandai lah pikir, ambik yang jernih buang yang keruh.. sekian.. wasalamm..

No comments:

Post a Comment