Monday, March 18, 2013

ARWORK: (INSTALLATION)

ARTWORK INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'INSTALLATION'. BERTAJUK: NATURE LINE.
SAYA MENGGUNAKAN RANTING2 KAYU UNTUK MENUNJUKKAN 'LINE NATURE' YANG TERDAPAT DI SEBATANG POKOK. ARTWORK NI 90% NAK SIAP. HANYA TUNGGU PASANG MENTOL LAMPU DITENGAHNYA. HASILNYA NANTI, AKAN TERHASILNYA BAYANG2 DARI GARISAN RANTING2 ITU. BAYANGAN RANTING ITU DI PANGGIL ILLUSION LINE DAN RANTING ITU FIZIKAL LINE.

HUH, MERINDUI BLOG NI KEMBALI.

SALAM.. ZAMAN DI UNIVERSITI TERSANGATLAH SIBUK SEHINGGAKAN TAK SEMPAT NAK BERCERITA DALAM BLOG NI. INSYAALLAH LANGKAH SEMAKIN LAJU. NANTIKAN APA YANG AKAN TERJADI..

Wednesday, January 2, 2013

Title: 'Hujan Seni Warisan Di Pineng' Akrilik atas kanvas, 5'x3' kaki.

Saya menghasilkan karya ini adalah untuk mengatakan perihal mengenai seni warisan yang ada di Pulau Pinang. Saya melihat, di segenap ceruk pulau ini terdapat seni-seni warisan peninggalan nenek moyang terdahulu. Kini ianya menjadi satu aset yang begitu berharga kepada kita semua kerana, nilai seninya yang penuh dengan nilai estetika. Pelbagai unsur seni yang terdapat di Pulau pinang antara yang lama dengan yang baru. Kuil ini mencerminkan peninggalan nenek moyang orang cina yang telah pun diiktiraf oleh UNESCO. Kiri dan Kanan Karya  diletakkan seni jalanan yang diperbuat dari besi,ianya sebagai penghias seni pulau pinang yang sememangnya pusat seni warisan. Hal ini dapat menarik pelancong dari luar negara dan dalam negara untuk datang ke pulau. Figura yang berada di kiri karya, memberi makna seorang tourist/pelancong asing yang sedang mengambil gambar. Warisan adalah sebagai simbol tarikan kepada pelancong itu.
Warisan ini perlu dijaga dan dilindungi sehingga ke generasi yang akan datang kerana ianya teramat berharga.