Friday, November 20, 2009


hasil lukisan saya seterusnya. Lukisan ini menggunakan garisan yang mengikut bentuk sesuatu bahan. Garisan melengkung digunakan pada permukaan yang melengkung sehingga menampakkan lengkungan.

Wednesday, October 21, 2009

KINI KEMBALI

Saya memohon maaf kerana tidak memberi perhatian yang sepenuh nya kepada blog ini kerana disebabkan banyak perkara yang hendak dilakukan. Sehingga kini masih sibuk lagi. Mungkin beransur-ansur mengendalikan blog ini. sekian...

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...


SEMPENA HARI RAYA YANG MULIA.. SAYA INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA ORANG YANG ADA DI MUKA BUMI INI.. SELAMAT HARI RAYA SEMUA... MAAF ZAHIR DAN BATIN...^^

Monday, September 7, 2009

LUKISAN ABANG SAYA.


inilah lukisan abang saya.. sangat berbakat.. karya sebuah moto lama..

LUKISAN MENGGUNAKAN MEDIA KERING WARNA



Teknik lukisan ini menggunakan media kering warna.. media kering warna untuk melukis ialah ialah pensel warna.. Terdapat 3 jenis warna.. warna cerah, medium, gelap..














hasil lukisan ini memperlihatkan tone warna yang digunakan untuk membezakan kawasan gelap dan cerah..











Dalam lukisan ini sangat mementingkan garisan.. dan dalam mana-mana karya yang dibuat sangat mementingkan garisan.. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan teknik gosokan.. kerana ini menyebabkan pelajar akan memperoleh markah yang rendah..






Saturday, August 22, 2009

LUKISAN DARIPADA LATIHAN YANG DIBUAT







TEKNIK QUALITY OF LINE


Hasil lukisan ini hasil lukisan saya melalui pembelajaran. Lukisan ini menegaskan pada tiap-tiap garisan. Tujuan quality of line digunakan adalah untuk menampakkan kelembutan pada sesuatu benda itu. Lukisan ini menggunakan teknik konfident line, tone warna dan kemasan.

HASIL KERJA PELAJAR PPUR2 SELEPAS BELAJAR TEKNIK GESTOD


Hasil daripada Mohd Amri..

Hasil daripada Khairul Nizam..

TEKNIK GESTOD

Ini adalah lukisan yang sudah siap dilukis selepas melakar bentuk sebuah gendang. Dalam step ini garisan konfident, ton warna dan kemasan digunakan untuk menyerupai gendang.













Ini ialah lukisan yang dipanggil teknik gestod.

Ia tidak menampakkan rupa tetapi menyerupai bentuk sesuatu benda.

Wednesday, August 12, 2009

PEPERIKSAAN SENI VISUAL

hari ini 12/08/09 bermulanya pepersiksaan bagi kertas 2 pendidikan seni visual.. cikgu seni telah mengarahkan semua pelajar melakar dan melukis sebuah bentuk botol air yang berada dihadapan masing-masing.. tanpa membuang masa, semua pelajar melukis botol air itu.. pelbagai hasil yang dapat dilihat.. saya pula tak sempat hendak buat tone warna dengan baik.. hanya sekadar membuat sikit-sikit sahaja.. saya memohon maaf kepada cikgu..

Tuesday, July 28, 2009

PEMBELAJARAN HARI INI.

Hari ini hari Selasa 28/07/09. Tepat jam 11.20 pagi iaitu selepas rehat. Pelajar ppur 2 diminta oleh cikgu seni visual supaya pergi ke bilik seni. Cikgu juga berpesan supaya membawa kertas lukisan bersama alat-alat yang hendak melukis. Pada masa sebelum pengumuman dibuat oleh salah seorang pelajar dalam kelas itu bahawa setiap pelajar mesti ada kertas, sesetengah pelajar didalam kelas ppur2 terkejut dan mengeluh apabila dia tidak mempunyai kertas lukisan. Mereka telah membeli kerta lukisan di koperasi sekolah untuk belajar melukis. Pada masa pembelajaran, cikgu seni mengeluarkan 2 gendang dan menyuruh semua pelajar melukis bentuk gendang itu dengan teknik yang diberitahu. Cikgu memberi kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan media kering samaada menggunakan pensel atau arang/charkol. Semua pelajar bersemangat untuk melukis dengan jayanya. Pelajar menggunakan teknik melukis yang diajar oleh cikgu seni.

CIKGU SENI VISUAL SMKBD

Inilah cikgu seni kami (ppur2) yang sedang tekun dan penuh menumpukan perhatiannya mengukir karya yang bernilai. Cikgu kami sentiasa memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepada anak muridnya tanpa mengira jemu. Itu sahaja yang nak diperkatakan, semoga siap karya cikgu itu.

PERANAN PSIKOLOGI DALAM PROSES PENGHASILAN KARYA


Gambar ini menunjukkan peranan psikologi dalam proses penghasilan karya. Kita perlu mengetahui 3 perkara dalam proses penghasilan karya ini. Pertama emosi kretiviti, kedua sensitiviti dan yang ketiga ekspresi. Jika anda tidak tahu ape itu ekspresi ape maknanya, biar saya beritahu. Ekspresi ialah satu tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain, masyarakat, peristiwa dan benda. Dalam pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan dan mengukuhkan pengucapan, curahan idea gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar , memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Disamping itu, ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

Thursday, July 23, 2009

CONTOH HASIL PENGKARYAAN.




Lukisan.





Arca.





Cetakan.











Catan Cat Minyak.

MEDIA BASAH.


ini adalah warna air dan mengikut bahasa loghat kelantan (kala air). Ia dipanggil MEDIA BASAH. Ia juga dipanggil sebagai media konvensional. Media Konvensional iaitu karya dihasilkan menggunakan peralatan asas dan media seperti cat dan berus tanpa bantuan alat dan bahan canggih.

MEDIA.


gambar ini menunjukkan beberapa bahan yang digunakan untuk memulakan karya seni anda. Arang dan pensel ialah media yang dipanggil MEDIA KERING.

Monday, July 20, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH

Saya sebagai anak didik cikgu seni visual iaitu cikgu Zulkifli ingin mengucapkan bejuta-juta terima kasih kepada beliau. Cikgu Zulkifli telah menaikkan semangat saya untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih.

Thursday, July 9, 2009



HASIL LUKISAN SAYA SENDIRI.. "TU JO PEGE JAH",MODEL"..^^ hehe.. jangan marah ha..^^


HASIL LUKISAN BERBENTUK KERUSI DARIPADA QUSYAIRI(PPUR2).. BERKEBOLEHAN.. TERUSKAN BAKAT ANDA..^^


HASIL LUKISAN BERBENTUK KERUSI DARIPADA NIZAM(PPUR2).. AMAT BERKEBOLEHAN.. TERUSKAN BAKAT ANDA..^^


HASIL LUKISAN BERBENTUK KERUSI DARIPADA AZAM(PPUR2).. BERKEBOLEHAN WALAUPUN KURANG PERSPEKTIF..^^


CARA HENDAK MELUKIS DI ATAS KERTAS.. BUKANNYA CARA MELUKIS SEPERTI CARA UNTUK MENULIS...


CARA YANG KEDUA... KALAU ANDA TAK SELESA PEGANG SEPERTI GAMBAR TADI.. ANDA BOLEH PEGANG PENSEL MACAM GAYA INI..

CARA MEMEGANG PENSEL DENGAN BETUL UNTUK MEMULAKAN LUKISAN....

Tuesday, July 7, 2009



ni lah seni catan..

PELUKIS TERKENAL... SIAPA NI? NI LA YUSOF GAJAH.. BELIAU ADA MYSPACE... LAWATI LAH MYSPACE DIA... IAITU :http://www.myspace.com/yusofgajah..

baru start buat..

Salam sejahtera kepada yang membaca blog ini. Jangan malu jangan segan. Baca lah blog ini selalu ok?